Masjid AlMuqarrabin

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.

Dana Pembangunan Masjid Muqarrabin

masjid

KULIM – “Alhamdulillah terima kasih kepada penyumbang untuk membina Masjid Al-Muqarrabin ini. Semua fasiliti asas telah disiapkan dengan sempurna namun kami masih menanggung hutang RM1.1 juta dengan kontraktor,” kata wakil Pengurusan Masjid Al Muqarrabin Taman Angsana, Hamid Saad.

Menurutnya, kerja pembangunan ini telah siap sepenuhnya, namun masih mempunyai hutang sebanyak RM1.1 juta dengan kontraktor pembinaan.

“Jika boleh kami mahu membayar secepat mungkin kepada kontraktor ini. Kami faham mereka juga memerlukan wang untuk terus beroperasi. Kami merayu orang ramai untuk membantu dengan seikhlas hati,” tambah Hamid lagi.

Manfaat Masjid AlMuqarrabin

Telah memberi manfaat kepada tujuh kawasan perumahan di sekitarnya ini telah beroperasi sejak Jun 2022 dengan pelbagai aktiviti imarah, dan solat berjemaah.

Lebih 1, 500 jemaah boleh berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat dengan selesa. Mereka tidak perlu lagi bersesak, berpanas dan berhujan di Surau Al-Muqarrabin Taman Angsana yang lebih kecil keluasannya sebelum ini.

Ruang solat yang lebih luas dengan fasiliti yang lengkap memberi keseronokan kepada para jemaah melakukan ibadah.

Selain itu masyarakat sekitarnya juga dapat menerima manfaat apabila majlis-majlis ilmu diadakan seperti ceramah dan kuliah agama.

Bangunan yang tunggal sudah meningkat menjadi sebuah perkampungan tarbiah yang dihuni oleh ratusan penduduk.

Semuanya adalah hasil dari usaha gigih orang ramai yang memberikan sumbangan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit.

Pemberitahuan Dana Masjid Terkumpul

Untuk makluman semua kutipan dana untuk pembangunan ini telah habis digunakan termasuk kos :

  • pembangunan struktur binaan
  • pembinaan fasiliti asas tandas, bilik wuduk, karpet, penghawa dingin, PA sistem

Bagaimanapun disebabkan pertambahan kos pembangunan, dana yang dikumpul masih tidak mampu menanggung kos kontraktor yang masih berbaki RM1.1 juta.

Selain itu beberapa fasiliti tidak dapat disiapkan lagi berikutan kekurangan dana :

  • Rumah imam
  • Tanah perkuburanini

Ayuh bantu sekarang. “Hitunglah seberapa banyak pahala yang akan kita perolehi apabila orang telah mula menggunakannya ke arah kebaikan, berapa banyak pula batu batan dibeli menggunakan wang sumbangan, sedekah anda?”

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614.