aidilfitri-2023-alf-agency

Genap 10 hari umat Islam berpuasa pada tahun ke 1444H ini. Jika dikira, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang kita nanti-nantikan. 

Perayaan Hari Raya Aidilfitri sememangnya yang ditunggu-tunggu oleh komuniti Islam tidak kira tua atau muda, tetapi biasanya kanak-kanak yang paling tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Selepas sebulan menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang sepanjang berpuasa, sudah semestinya persiapan dan persediaan sambutan Syawal pada tahun ini disambut dengan meriah selepas kita semua sudah bebas dari sekatan jalan kesan daripada virus covid-19. Perayaan ini merupakan bulan kemenangan bagi orang Islam. Syukur dan tahniah bagi yang berkebolehan berpuasa penuh pada bulan yang penuh mulia ini.

 

Tidak dinafikan, tekanan kos sara hidup semakin meningkat saban tahun. Tetapi pada pandangan admin, tahun ini yang paling mencabar kerana raya pada tahun ini sudah kembali normal seperti sebelumnya terjadi wabak covid-19. Pastinya, banyak keperluan dan masih banyak kelengkapan yang perlu disediakan bagi meraikan Aidilfitri tahun ini. Namun, masih ada segelintir umat Islam di luar sana yang berkira-kira untuk menyambut perayaan ini.

Pasti ramai di luar sana yang menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini sekadar apa yang ada secara sederhana sahaja. Mana tidaknya, Mac dan April tahun ini banyak wang yang perlu dibelanjakan.

Persiapan pembukaan sesi baharu sekolah anak-anak bulan Mac sudah memerlukan wang yang banyak, sambut Ramadhan dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri nanti pasti banyak wang yang perlu digunakan. Memang perlu berjimat agar tidak berlakunya pembaziran.

Jika tahun lepas, ada duit Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai penyelamat. Gaji pula dijangka akan masuk sebelum raya. Jangan sampai silap percaturan, beringat-ingatlah ketika membeli-belah di bazaar Ramadhan.

Buatlah persiapan sedikit demi sedikit jadi tidaklah terasa sangat. Tidak salah jika kita sambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana seperti baju raya recycle, beli baju terpakai dan kuih raya jangan pula sampai penuh semeja. Tahun ini nampaknya kenalah merancang betul-betul dari awal supaya tidak kekurangan duit hari raya nanti.

 Rezeki kita semua tidak sama. Buatlah perancangan ikut kemampuan masing-masing, jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain atau trend yang ditunjukkan di media sosial pula.

Ingat, sambutan Syawal bukannya bulan untuk menunjuk-nunjuk siapa baju raya paling lawa, siapa paling banyak sedekah duit raya tetapi untuk kita mengeratkan silaturahim sesama Islam.

Ziarah sanak saudara dan bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Semoga sambutan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi ini akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *